Thursday, September 25, 2014

Saya sudah berani cabut gigi

Hari ni berakhir sudah sakit gigi geraham bawah (bukan geraham bongsu) yang ditanggung sejak dua minggu yang lepas.

Minggu pertama sakit gigi, saya tak buat apa-apa. Saya biarkan aja sebab saya ingat boleh baik macam biasa. Sehingga hari sabtu, gigi masih tak sembuh dan gusi mula membengkak.

Saya tensen betul sebab tak dapat tidur pada waktu malam, jadi pada hari isnin minggu ini saya dengan penuh tekad nak cabut gigi, lalu saya hubungi klinik gigi yang berdekatan. Rata-rata beritahu saya mesti kurangkan sakit gigi dan bengkak gusi, baru boleh gigi saya dicabut. Lagi satu, kalau klinik kerajaan yang berhampiran dengan rumah saya ni dibuka untuk "walk in' hanya pada hari Khamis (pagi sampai petang) dan Jumaat (pagi sahaja). Klinik swasta pula nak kena buat appointment.

Arhhhh sudah macam mana nak buat ni, sebab kalau tak sakit gigi memang tak lah pergi jumpa doktor gigi, lagipun saya sangat penakut nak cabut gigi ke, tampal gigi ke dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan gigi.
Lagilah macam-macam cerita seram saya dengar pasal cabut gigi kat klinik kerajaan, dengan cerita doktor gigi yang bengis, suka menengking dan kasar. Ada yang kata banyak pelatihlah, nanti diaorang godek-godek gigi kita tah apa-apa, dan paling sensitif untuk saya ialah kalau doktornya "lelaki". Klinik swasta pula yang kosong tarikhnya sabtu....lama tu, rasanya saya tak boleh nak tunggu sampai sabtu. Tapi kalau terpaksa tunggu jugalah.

Akhirnya setelah berkira-kira dan berfikir-fikir, saya hubungi kawan saya seorang tuan punya farmasi. Tanya dia apa ubat yang sesuai untuk masalah gigi saya ni. Dia sarankan saya makan "Leftose" untuk bengkak gusi dan "Ponstant" untuk kurangkan sakit gigi. Isnin makan ponstant, rasa macam "WOW" sakit gigi dah hilang. Malangnya bertahan selama 4 jam sahaja. Lepas tu kesakitan menyerang sampai ke kepala. Malam tak boleh tidur. Selasa saya call kawan saya lagi, dia cakap akan berikan ubat yang lagi power, namanya "Arcoxia 120mg".

Saya search di internet pasal Arcoxia 120mg, sehari sebiji aja boleh makan. Side effectnya yang diceritakan pada description ubat tu sangat menakutkan saya. Tapi saya tiada pilihan, setelah baca macam-macam doa, saya telan juga ubat tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sakit gigi saya pulih (walau ada sedikit berdenyut) hingga ke hari ini (khamis)

Hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar dan takut-takut saya ke klinik kerajaan (tak terdaya rasanya nak tunggu sabtu). Tepat pukul 8.00 pagi saya terus pergi ambil nombor dan isi buku merah, bayar seringgit lepas tu disuruh pergi menunggu nombor untuk dipanggil. Masa menunggu ni memang satu seksaan, saya tengok semua muka tensen lebih kurang saya. Dah hampir 2 jam menunggu, tiba-tiba aci sebelah saya dipanggil masuk untuk cabut gigi. Sebelum tu dia dah dibius, tetapi sebab menunggu lama sangat biusnya dah habis katanya. Tak sampai 5 minit aci tu masuk, saya dengar aci tu menjerit dengan kuat sebanyak 2 kali. Saya cakap pada suami saya (penakut punya pasal sampai suruh En suami temankan), tak jadilah cabut gigi. Suami saya suruh saya tunggu juga sebab dia kata dah 2 jam tunggu takkan tak jadi cabut.

Dalam hati saya takut giler, bila aci tu keluar, siap menangis lagi. Lutut saya lesu jadinya dan tangan semua sejuk. Masa tu jugalah nombor saya terpapar dan dipanggil masuk. Masuk aja dalam bilik ada seorang doktor perempuan yang comel (muka tak nampak sangat sebab dia pakai Mask) dengan assistantnya. Dia suruh saya baring dikerusi sambil dia periksa gigi saya. Lepas tu dia cakap gigi dah goyang dan nak kena cabut. Saya yang ketakutan terus bertanya samada cabut gigi sakit ke tidak (Seumur hidup tak pernah cabut gigi). Doktor tu cakap kena bius dulu lepas dah kebas baru cabut, dan tak sakit. Saya tanya kepada aci tu menjerit kalau tak sakit. Dia cakap aci tu sorang aja yang menjerit, orang lain semua OK. 

Memandangkan doktor ni nampak macam lemah lembut dan friendly, saya kata bolehlah cabut gigi. Jadi dia terus inject untuk bius. Magic...tak sakit pun macam orang kat luar tadi kata. Masa terus berlalu, seluruh mulut saya dah kebas dan terasa besar tak tau macam mana. Disentuh pun terasa semacam, sekali lagi nombor saya dipanggil. Saya masuk dan disuruh baring, sempat lagi doktor tu tanya samada saya masih takut atau tidak. Saya hanya angguk kepala sebab rasa macam tak der mood nak cakap. Doktor itu kata jika seluruh mulut dah kebas, dia akan cuba dulu...cuba apa? Rupanya dia mula masukkan "Tools" untuk mencabut gigi kedalam mulut saya kemudian mula memutar beberapa kali, dan menarik sesuatu keluar, kemudian dia cakap kat assistant dia minta diberikan kapas, dia suruh saya gigit. Lepas tu siap katanya. Itu sahaja. Tak sampai 5 minit dah siap...Magic kedua...langsung tak sakit, tak der pun dia marah-marah, Alhamdulillah. Siap cakap "Tak sakit kan?".

Macam ni punya OK, lain kali saya boleh pergi sendiri, En Suami tak payah teman dah. Kemudiannya saya terus pulang ke pejabat dan bekerja macam biasa. Habis kebas, saya buang kapas dan dah boleh makan minum macam tak der apa yang berlaku.

Jadi moral of the story untuk saya. Menggelabah buat apa kalau belum cuba, dan klinik kerajaan walaupun harga murah giler tak semestinya teruk. Tu semua mitos aja.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...