kebosanan mendakap sebuah diri
yang kebiasaannya menguap berkali-kali
mata seakan hilang sinar cahaya
cuba menyelimut kelopaknya
dengan pejam yang panjang.
Petang ini,
pelbagai persoalan menerjah
hingga ruang otak sarat
berselirat mencari jalan
penyelesaian yang tak pasti
Petang ini,
sang jari menari laju
menuju garisan penamat
hingga sampai satu saat
memerdekakan kebosanan
sedang detik itu bergerak letih
Petang ini
kepada hati bertanya
adakah esok, lusa dan tulat
atau sampai sehabis usia
petang ini harus dilalui
dengan rayap yang sama?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete