My "Over Creative" Thinking

Showing posts with label Puisiku. Show all posts
Showing posts with label Puisiku. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Bila tiada yang mengerti tentang takdir itu.

Bila tiada yang mengerti tentang takdir itu,
mencarik rasa sebuah hati pilu,
menguncup bagai daun semalu,
makin terasing dalam sendu.

Lantas bertanya kepada banyak persoalan
Inikah jalan sepasang kaki mahukan?
Inikah hamparan kehidupan yang diinginkan?
Inikah pandangan sepasang mata impikan?
Inikah cerita permulaan yang diperlukan?

Tanah perjalanan masih belum ditemui
Namun kenapa ada yang meragui
Adakah lebih besar kuasa dari ilahi
atau itu cuma bunga-bunga kelahi,
bersalut kembang-kembang dengki?

Duhai yang merasa hati,
Biar jauh cuba berlari,
Biar lama cuba disembunyi,
Bila jadi katanya, maka jadi
siapa pula berani bertaku taki?

Yang menerima takdir ini,
Yang tidak menerima takdir ini,
sepanjang perjalanan doa mengiringi,
itulah aur dengan tebing sejati,
bukan sekali bah pantai dibanjiri
rumah-rumah ditenggelami.








Tuesday, January 7, 2014

Cinta Kau Kata

Pesan buat adik-adik saya
Pesan buat kawwn-kawan saya
Pesan untuk diri sendiri juga

Cinta kau kata,
Meroyan bila tak jumpa
Nampak bumbung rumah pun seksa
Tidak telefon sehari kau merana
Apatah lagi tak dengar suara
Konon-konon sidia dah lupa

Haishhhh....tercapailah sudah cita-cita
Bila berjaya menikah dengan sidia
Macam dunia kau yang punya
Mati hidup semula pun tak percaya
Dah penat bergaduh ngan ibubapa
Kalau tak kahwin matilah jawapnya
Dialah syurga impian dunia
Buang Mak buang bapa
Itu semua kecil sebesar hama
Dia saja ada dalam kepala

Pelik bin ajaib bila dah punya
Hentak kaki sudah dimula
Bila disuruh tutup aurat sempurna
Cukuplah untuk pandangan dia
Mula kata dikongkong tak rela

Dulu my dear kekanda
And you my dear adinda
Kalau benar you love dia
Patuhlah nasihat hormati dia
Bukan setakat tunduk kepala
Senyum melebar sampai ketelinga
Setia tak payah cerita
Yang penting atas segala
Cintai Allah maka cintailah dia
Walaupun nampak dua biji mata saja
Kan itu lebih baik dari mengheret dia
Terhumban ke jahanam neraka
Semata-mata kerana percaya
Cantik didunia adalah segala
Rugi jika tidak mencuba

Manusia mana sempurna
Tak salah mencuba
Tapi biarlah berpada-pada

Kepergian

aku menarik nafas panjang dan melihat ke dalam diri sendiri.
Kosong, lampung dan tidak punya apa-apa untuk dibawa.

Setiap hari akan ada kematian
Setiap hari akan ada kepergian
Setiap hari akan ada yang meninggalkan
Dan tiap-tiap kehilangan
Adakah meninggalkan kesan
dalam teratak hati dipenghujung taman?

Apakah timbul sebuah pengajaran?
Apakah timbul sebuah kekesalan?
Apakah timbul sebuah kesedaran?
Apakah timbul sebuah persoalan?

Ditanya semua angguk kepala
Yang hidup matilah penunggunya
Ditanya semua kecut raga,
Yang berdosa diazab sengsara,
Yang beriman bersinarlah disana,

Pernahkah suluh dijiwa
selain mencermin muka
Pernah rasa sebak didada?
Pernah rasa kecil terhina?
Pernah rasa kaki lemah tak bermaya?
Pernah rasa diri dihimpit dosa?
Pernah rasa, apa-apa rasa
Maka pernah buat apa-apa?

Jika kecil katanya dunia
Maka kecil lagi kita
Jika kecil dikatanya pahala
Maka kecil lagi peluang ke syurga
Didalam kubur sempit dan seksa
Gelap kelam teman tiada
Siapa tidak pernah berdosa
namun syukur nyawa masih ada
diberikan secukupnya masa
Jangan selepas air mata diseka
kita kembali leka.

Friday, December 20, 2013

Entah...menung yang panjang

Aku terpegun dengan diri sendiri
Arkkkk...itu sifat riak dan bangga diri
Namun biar aku cerita disini
Kombinasi otakku dan jejari
Buat aku ciptaan hebat ilahi,
Lalu dengan sepasang kaki ini
Terserlah keyakinan sebuah kendiri
Kerana aku boleh tegak berdiri
Hatta aku amat mensyukuri
Dikurniakan sepasang mata ini
Dikurniakan sepasang telinga ini
Seulas bibir dengan senyuman menghiasi
Hidung untuk bernafas lagi

Penciptaanku begitu sempurna sekali
Penciptaanku begitu teliti
Dan kerana aku hamba sejati
Yang ditiupkan roh menjadi diri
Tak ingin aku memungkiri
Hingga aku dimurkai
Perlu segalanya aku taati
Perlu segalanya aku takuti
Kerana bimbang suatu hari nanti
Segala kehebatan ini diganti
Dan taubatku sudah tidak bererti.

Thursday, December 12, 2013

Hidup ini bukan suatu pertunjukkan

Hidup ini bukan suatu pertunjukkan
Sesungguhnya bukan teater di pementasan,
Apatahlagi sarkas dalam persembahan,
sebaliknya tiap-tiap perbuatan,
akan datang dengan sebuah pembalasan.
Jadi selagi hidup biar berpesan-pesan.

Thursday, November 14, 2013

Kalau, Jika dan Mesti

Awasi kalau sahabat
Jauhi jika sahabat
Hindari mesti sahabat

Andai selalu berkalau
Hidup bagai didalam relau
Mata akan sering bersilau
Lalu segalanya menjadi payau

Jangan cinta pada jika
Kelak merana jiwa kita
Mengalah pada prasangka
Yang kita sendiri reka-reka

Berkalau dan berjika
Terluncur dari bibir leka
Menyangka segala buruk belaka
Padahal tidak pernah mencuba

Mesti itu bukan mainan kita
Malah tidak setara jiwa hamba
Kerana kita bukanlah pencipta
Yang memegang kuasa masa

Kita adalah manusia biasa
Tanpa sedar bergelumang dosa
Tiap yang berlaku ada harga
Entah petaka entah pahala
Cukuplah kita terus berusaha
Dan tak usah meminta-minta
Terjerumus kelembah berbisa
Terbakar dalam julangan neraka.

Tuesday, November 12, 2013

Kita Rasa

Kadang kala kita rasa
Kita sudah buat pilihan selesa
Kadang kala kita rasa
Kita sudah punya segala
Kadang kala kita rasa
Kita sudah bijak laksana
Kadang kala kita rasa
Kita sudah cukup gembira
Kadang kala kita rasa
Kita sudah amat sempurna

Itu kita rasa
Lantaran kita hanya mengangkat kepala
Tinggi jauh dari pohon kelapa
Kerana kita sangka
Kita bagai bulan purnama
Dipagari bintang kartika
Padahal kita bukan siapa-siapa

Jauh didalam sebuah rasa
Ada sebuah lubuk kecewa
Terlindung dalam senyum ketawa
Menutup robek yang tercela
Tak siapa tahu apakah rahsia
Sebab hanya kita yang rasa
Tak kira sejauh mana dibawa
Tetap jua dipanjat lara
Yang dipamer cuma pura-pura.

Tuesday, October 29, 2013

Tak ada tajuk

Memang aku bukan pujangga
Tapi bukan aku merepek saja-saja
Sekadar dakwah kecil buat pahala
Itupun kalau ada yang masuk kepala
Haishhhhh....jauh sekali cari bala
Jangan pula ada yang bertanya
'Diri sendiri pun tak sempurna
Ada hati nak nasihat kita'

Duhai yang berkata-kata
Usahlah asyik buruk sangka
Usahlah asyik nak sentap saja
Kita hidup hanya sementara
Takkan tidak mahu berubah selamanya
Ego tu simpan saja bawah meja
Dengki itu sorok aja dalam bekas kaca
Rupa buruk tak mengapa
Asal hati bersih bersinar menyala

Nanti hati mati diri merana
Tak sempat bertaubat macamana
Tak minta maaf bagaimana
Jangan ingat ini planet engkau yang punya

Huhuhuhu...selamat malam semua
Selamat malam pada yang terasa
Ampun dan maaf ku pinta
Mana tau esok tak jaga!

Hidup Hiduplah

Hidup bagai mimpi siang hari,
umpama gaya seorang pari-pari,
melakar dongengan di dalam diari,
panjang cerita tidak terperi,
melangsung sketsa sendiri,
mengikut rentak dan gaya tari,
tersengeh-sengeh dipuji
tak tahu ikhlas atau perli
dikata muda kembanglah hati
terasa diri cantik sekali

Hidup leka dalam anganan,
kemasyuran bingkas berperanan,
keegoan jadi makanan
akibat terlebih keyakinan
yang kecil di kiri kanan
dirasakan menyekat perjalanan
untuk terus memburu bulan
sekalipun tak sampai tangan

.....belum habis difikir lagi
arkkkk...manusia memang tak sedar diri



Friday, October 25, 2013

GURINDAM KASUT

Gurindam Kasut...hakhakhakhak

Baru ku tinggalkan dia,
sebelum ini begitu mempersona,
ada pelbagai warna
ada yang belum kucuba
sesuai pasangan baju merona
cantik menawan dan sempurna
terpandang hati meronta-ronta
ingin memiliki sedalam jiwa.

Kini kembali lagi dia
dalam ruangan diskaun gila-gila
cantiknya tumit warna menyala
berzip dan bertali berjela-jela
walaupun berkali kututup mata
dia muncul tersenyum gembira
mahu kemari mendakap mesra
cepat saja jari ingin tekan "ya"

haishhhh...nasib baik aku terjaga
dari tenggelam dalam suka yang leka
begitulah cabaran dan ujiannya
cuba jadi baik ada yang menggoda

hentakkan kaki seorang wanita
jika didengar sang pria
atau mana-mana tetangga
maka dapatlah dosa sia-sia
kerana menjadi penggalak mata
kerana menjadi penggalak telinga
memaksa menoleh beriya-iya

Pahit bagai peria
dalam mengikut syariatnya
cuma belum ada yang rela
meninggalkan apa yang tak berguna

Monday, October 21, 2013

Tidurku

Tidur aku nanti pasti panjang
Di liang itulah ranjang
Bersemadi diam yang kejang
Dibalut putih dalam telanjang

Tidur aku nanti pasti penuh sesal
Andai sekarang tiada bekal
Kerana kependekkan akal
Bertaruh dunia yang tidak kekal

Monday, September 30, 2013

Buat kita para muslimah

Buat kita para muslimah

Sedarkah saudariku
Kita ini dilahirkan sebagai ratu
Cantik mempersona lalu terpaku
Sepasang mata menusuk qalbu
Hingga ada yang cuba mengetuk pintu
Ingin sekali menghisap madu.

Saudariku yang disayangi
Hatta banyak musuh mengelilingi
Buatlah perisai pada tiap diri
Auratmu perlu diselindungi
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Kecuali wajah dan tapak tanganmu yang murni
Pandangan mata mu harus disembunyi
Sebelum kumbang menghurungi
Mendatangi jiwa tanpa disedari
Usah terperangkap janji sesejuk salji
Kelak bersalut duka tidak terperi.

Saudariku yang rupawan
Kita bukan sebarang ciptaan
Sorokkan tiap-tiap keistimewaan
Sebagai senjata untuk menawan
Lelaki yang bakal memimpin tangan
Menuju taman syurga idaman.

Saudariku para muslimah,
Hidup didunia harus istiqamah,
Tidak usahlah terlalu ramah
Melayan isi dunia konon berhemah
Sedangkan ianya menduga hati yang lemah
Mengheret kita terjun ke lembah
Hingga jauh dari ALLAH yang wajib disembah

Untuk itu saudariku
Berubahlah sebelum tubuh kaku

Wednesday, September 25, 2013

Tidak Tajuk ...sekadar pesanan

Cahaya datang perlahan
Keluar dari celahan awan
Lembut memancar perjalanan
Terang memanah haluan
Begitu jua hatimu kawan
Mencari angin perubahan
Walau banyak rintangan
Namun itu bukanlah halangan
Selangkah dirimu dihadapan
Usah lagi dikesal kesilapan
yang lalu perlu ditinggalkan
Didepanmu adalah kewajipan
Dalam usaha menjana kebahagiaan
Agar tidak tergelincir dari Titian
Menuju syurga impian

Sebelum senja melambai bulan
Usahlah pungguk termenung dilaman
Kerana bila malam datang berteman
Kelibat tidur mula menawan
Tidakkah satu kerugian
Andai siang sering tergelinciran
Sedang subuh belum ketentuan
Bernafas semula tidak ketahuan

Arhhhh....jiwa tidak keruan

Wednesday, September 18, 2013

Kitakah manusia itu?

Bila makan paracetamol pala terus sengal, tak nampak bintang tapi nampak yang bukan-bukan.

Kitakah manusia itu?
Tidak pernah bersyukur
walaupun bibir bertakafur
dalam hati tetap kufur
meredah masa dengan kabur
kemunafikan mekar subur
nista dan kejian terhambur
iman senipis kulit bawang lebur
terlerai lantas bertabur
jatuh dilembah berlumpur
bila haram dan halal bercampur
perasaan sangsi tidak lagi berbaur

Kitakah manusia itu?
nampak salah biarkan bisu
langsung pergi langkah lesu
tidak ditegah mahupun diberitahu
bimbang kiri kanan memburu
bimbang dikatakan cemburu

Kitakah manusia itu?
Cuba menahan perjalanan waktu
sedang yakin berkali sudah diseru
yang tua bukan pergi dahulu
yang muda pasti juga berlalu
kerana segalanya telah tentu
kenapa sering buat tidak tahu.

Kitakah manusia itu?
bila alpa datang menerpa
sering kali kata tidak apa

Sunday, September 15, 2013

Mati Itu Pasti

Mati itu datangnya pasti, 
cuma belum tentu dinihari. 
Aku sangat takut mati 
terhimpit dalam kubur tidak berseri
memikirkannya buat aku gementar 
Lalu termenung aku sebentar
Berkecamuk dan sangat gusar

aku tahu amalanku sangat sedikit

Sedang dosaku makin membukit
Menelan kesilapan yang amat pahit
Kesakitan dari luka tidak berjahit
Menanti hukuman yang pasti perit

Melainkan rahmat Allah membantu
Menyelamatkan seorang aku
Mensucikan gelap kalbu
Lantas terbukalah sebuah pintu
Kesyurga idamanlah ingin dituju

Friday, September 13, 2013

AKU TULIS NI BUKAN KATA ORANG LAIN EK, KATA DIRI SENDIRI

AKU TULIS NI BUKAN KATA ORANG LAIN EK, KATA DIRI SENDIRI

Dulu masa kurus sibuk nak gemuk
dah gemuk nak kurus pula
hati panas asyik nak mengamuk
Bila perut bulat serupa bola
Orang disebelah asyik ketawa
bara dalam dada mula menyala
bernekad nak kembali melawa
bermacam produk sudah ditala
hasilnya tak jadi apa
poket pula papa kedana

haishhh...mana ada yang sempurna
bila dah tua begitulah adanya
takkan kulit berkedut hendak diseterika
gigi yang hilang tanam semula
itu lah ayat memujuk jiwa
kebenaran yang sukar dipercaya

habis nanti dah mati
mayat dikafan setelah dimandi
takkan nak bangun lagi
jangan perasan jadi pari-pari
gerenti orang keliling lari
takut tengok hantu menari

hehehehe

Wednesday, September 11, 2013

BUKAN HARI-HARI

Bukan hari-hari saya bijak,
kadang-kala bodoh juga.
Bukan hari-hari saya rajin,
kadang-kala malas juga.
Bukan hari-hari saya serius,
kadang-kala main-main juga.
Bukan hari-hari saya senyum,
kadang-kala marah juga.
Bukan hari-hari saya mengalah,
kadang-kala degil juga

Tapi selalu saya sedar
bila bodoh kena belajar lagi
bila malas kena berazam lagi
bila main-main kena berusaha lagi
bila marah kena sabar lagi
bila degil kena fikir lagi

Tatkala meluahkan rasa marah
saya nampak orang resah
Tatkala mendiamkan diri
saya nampak orang menyendiri
Tatkala mula hilang kewarasan
saya nampak orang panasaran

Jadi saya cepat-cepat bangun
tidak mahu terus mengelamun

"Adakala amarah sukar dibendung
bagai membuka pekung yang dibedung
lantas selalu jauh tersadung
hingga air mata berladung-ladung"


Wednesday, September 4, 2013

Buat renungan dipencari teman

Buat renungan bagi yang lara hati, gelap dan sunyi tanpa teman, mencari teman sejati buat pendamping hari-hari anda, moga anda temui dia yang anda cari.

"Dia Ar-Rahman lagi Ar-Rahim telah memacu arah,
Dalam mencari Mawaddah ya Rahmah,
Lantaran disisimu Sakinah,
Yang hadir sesaat itu dicari resah,
Sepertiga malam ber Tasbih dan ber Istiharah,
Tangisan Tahajjud tanda pasrah,
Sebelum Witir pula berserah.
Subhanallah, Subhanallah...Alhamudullilah Ya Allah."

Tuesday, September 3, 2013

Buat Penyair Yang Sedang Gundah Gulana

Penyair yang sedang gundah gulana
tidak perlu kau jelajahi seluruh buana
Akan kau temui sejatinya cinta
Kerana kaulah dia tercipta
Cuma waktu belum mengizinkannya
Menampakkan seri dan sinar cahaya

Usah biar kemarau penantian itu
Merantai perjalanan berdurimu
Akan hadir kasih sayang buatmu
Melerai gersangnya waktu
Memimpinmu halus dan selembut baldu
Keasyikkan menenggelamkan kalbu

Hingga waktu itu,
Andai kau temui jalan buntu
Ingatlah ALLAH selalu,
Sekalipun kalian tidak bertemu
Tanamkan dalam hatimu
Kekasihmu itu sentiasa menunggu
Setia dan taat tanpa jemu
Kerana janji ALLAH itu tentu
Buat yang sabar tanpa celaru

Wednesday, August 28, 2013

Sebuah puisi buat si cemburu

Bila kecemburuan mendakap sebuah hubungan
Itulah keperluan dan kemestian,
menjadi unsur pembaharuan
sempurnalah semangat kehidupan.

Pun begitu,
cemburu buta buat impian terpenjara
dalam fatamorgana semata-mata
Ianya mampu buat otak buntu
hingga fikiran menjadi tidak menentu

Pasangan mu usah sering diragukan
kelak menjadi nyata tiap gambaran
lantas hidup bakal tidak keruan
akhirnya berkecai di persimpangan jalan.

lepaskan diri dari prasangka tidak berdasar
agar hidup tidak hilang arah lalu tersasar
biarlah cemburu datang di masa yang tepat
kerana buruknya cemburuan setiap saat

"Kecemburuan wanita adalah kunci penceraiannya"




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...