Wahai saudaraku
bersederhanalah dan berhematlah
"Sesuatu itu jika dilebihkan dari batasnya
berubah menjadi lawannya"
kezuhudanmu usahlah jadi kelemahan
dan beban buatmu.
hartamu usahlah menjadi
kebakhilan dan kekikiran buatmu
jauhi kecintaanmu dari hawa nafsu yang rakus
kemurahanmu usahlah menjadi
pembaziran melangsung keborosan
pekerjaan yang sedang dirimu usahakan
usahlah dijadikan kebinasaan dan kesusahan
Ketidak sukaanmu usahlah menjadi
kebencian dan kemurkaan
Makananmu usahlah menjadikan dirimu
kekenyang kerana tamak
Kemuliaan mu usahlah mencipta
kesombongan dan penonjolan diri
Tawadhuk rendah dirimu usahlah
kerana kepuraan mengait penghinaan
periksalah jiwamu
selamilah akhlakmu
jangan dirimu menderita penyakit ujub
melihat yang lain dengan angkuh
kerana merasa dirimu lebih tegak berdiri
kukuh berpaksi bangga diri
sedang orang lain sekecil kuman
yang merayap tidak kelihatan
tak mampu memiliki
apa yang dimilikimu
sesungguhnya ia merosakkan amal solehmu
"janganlah kamu jadi pahit hingga kamu
ditolak dan jangan kamu jadi manis
hingga menjemukan"
No comments:
Post a Comment