Tuesday, February 5, 2013
Aku tulis ini sebab aku marah
Tuesday, 17 July 2012 at 22:54 <---masa nih aku tengah bengang giler, maka tercipta lah gurindam ini
Banyak orang kata dunia ini hanya pinjaman
bersifat sementara dan tiada yang kekal abadi.
kerana sesungguhnya ALLAH lah yang teguh berdiri
semua orang tahu, semua yang seagama memahami.
tak kira yang kecil mahupun yang dewasa
semuanya menganggukkan kepala tanda setuju.
Hidup bukan menongkat langit...
awaslah renunganmu,
awaslah senyum sinismu
awaslah sindiranmu
awaslah bahasa tubuhmu
Tiada kemaafan untukmu
bagi tiap-tiap kesakitan
bagi tiap-tiap kelukaan
bagi tiap-tiap penghinaan
bagi tiap-tiap bait perkataan
melainkan engkau sendiri datang
memohon keampunan.
Mungkin dirimu tak perasaan
ada insan yang terluka dan kecewa
dek kerana kekilafan kecilmu
yang kau anggap bagai daun lalang
yang melambai tika angin bertiup
lalu kau ketawa,kau bahagia
sedang ada hati yang terluka
Jangan kejar aku disana
aku tidak mengenalmu
sekadar dosamu menghiris
tiap-tiap hati
terima lah padahmu
kemaafan disana takkan ada
AWAS...SI PENGEJEK ORANG
AWAS...SIMENGATA ORANG
AWAS ...SI PERLEKEH ORANG
...MEMANG ORANG TU TAK DENGAR
...JAGA AJALAH NASIB KAU NANTI.
Labels:
Puisiku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment