Awak,
Saya tulis semua ini kerana
Awak dan saya masih malu
sekalipun kita sudah lama bersama
tetapi tidak pernah antara kita meluahkan rasa hati
saya tinggalkan nota ini
agar suatu masa nanti dapat kita kutip segala kenangan
itu bersama.
Mungkin nanti kita akan terus tersenyum seperti selalu
Awak
Kita mulakan pertemuan pertama itu
tanpa kenal siapa saya
tanpa kenal siapa awak
sakat menyakat dalam dunia siber
melangsungkan perkenalan
Pertemuan pendek itu
mengikat kita hingga ke hari ini
walau tidak pernah saya dengar
sebaris perkataan "Aku mencintaimu"
namun itu bukan penghalang
untuk kita melayari kehidupan
dengan penuh kebahagiaan
Awak,
Saya selalu ingin mengucapkan "terima kasih"
tetapi lidah sentiasa kelu
Saya selalu ingin awak tahu
bahawa saya sentiasa menyayangi awak
biarpun pertengkaran memang sering
muncul dalam kehidupan kita
Saya selalu ingin kata saya tidak kisah
jika awak tidak pernah beri hadiah
samada pada harijadi saya atau
ulangtahun perkahwinan kita
Saya selalu ingin beritahu
itu semua tidak penting
asalkan awak sentiasa sihat
menemani perjalanan hidup saya
dan mengisi segala kekosongan
sudah memadai buat saya
Awak
Kini kita semakin dipanjat usia
saya selalu berharap kita akan terus bersama
dunia saya akan menjadi sunyi tanpa awak
Saya akan berusaha
untuk menjadi bidadari awak di sana nanti
dan saya juga akan berusaha
untuk menarik keluar awak dari panas api neraka
Insha Allah
No comments:
Post a Comment