Aku tahu aku perempuan sejati
Aku tahu aku perempuan sejati
Bila aku asyik
teropong baju
terintai kasut
terselak beg
tertengok krim itu ini
teruja kolagen dan segala vitamin
Ini belum kira
Pengisar cili,
Pengisar buah,
Pengisar kek
Peti Sejuk Empat Pintu
Pemanggang Ajaib
Pinggan Mangkuk Cawan Sudu
Periuk Belanga
Kalau boleh semua mahu
Langsir Sofa karpet
Meja kecil besar.
Dalam erti kata lain
lebih baik aku pacak
Tesco, Giant, Carrefour & Jusco
Senang aku beli barang dapur
Lebih terkujat
Kalau aku pindahkan
Midvalley dan Sunway Piramid
sebelah rumah aku
Lagi histeria, kalau semua itu
Aku yang punya...
Tapi sekarang lagi bagus
semua ada dalam
Telefon Bimbit.
Tekan-tekan dan klik-klik
Esok Abang
Pos Laju, GDEX, OCS
Nation Wide, Sure Reach
Skynet
akan datang dan senyum
perkataan keramatnya
"Tolong tandatangan sini Puan"
Akhirnya itu barang
Aku Yang Punya.
Hahahahaahaha
No comments:
Post a Comment