My "Over Creative" Thinking

Monday, August 26, 2013

Cinta tidak berdusta

Cinta tidak berdusta
kerana
cinta memberi pengajaran
cinta menerima kasih sayang
cinta menggembirakan hati yang kecewa
cinta itu guru kehidupan
cinta itu membahagiakan jiwa yang bersarang
cinta itu kekal buat pencipta

Jadi
cinta yang kau berikan
sedalam lautan pasifik sekalipun
segempita guruh dilangitpun
sebesar laluan cakerawalapun
lelaki itu terpaksa meninggalkan
lelaki itu terpaksa memusnahkan
kerana dia bukan milikmu
kerana dia bukan ditakdirkan untukmu

lantas
apa perlu kemaafan
apa perlu kekesalan
apabila kau mengenang
sebagai sesuatu yang indah
sekadar mengocak sebuah tenang
tatkala hatimu dilanda gundah?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...