Aku seorang biasa
terlalu istimewa mempersona
menggilai lekanya masa
melalaikan tiap mata
lantas senyum riang menghias rupa
bukan sempurna, tapi bahagia
cuma belum pasti kemana
dan sampai bila
Namun aku seorang biasa
akan sentiasa mengerti
dan cuba memahami
tak kira bila mati
mesti terus mencari
sesuatu yang hakiki
Aku seorang biasa
kadang kala mengalah
tapi aku tetap tidak kalah
sesiapa pun yang menyergah
aku kan terus gagah
tidakkan undur malah melangkah
dengan perasaan gah
kerana AKU SEORANG BIASA
No comments:
Post a Comment