Disini aku menanti
sebuah harapan berbunga
untuk esok yang belum pasti
aku lukiskan gambaran hati
tanpa sangsi kerana aku yakin
mentari bersinar indah
memancar cahaya buat semua hidupan
aku lagukan sebuah perasaan
biarpun tiada siapa yang mengerti
ketika bulan berada diatas kepala
maksud malam melambai mesra
menutup tirainya siang
Akukan tetap disini
walau semalam telah berlalu
dan hari ini datang lagi
dimulai oleh subuh tadi
menanti tegak mentari
memberi sinaran tanpa putus asa
tak kisah pada yang tidak menghargai
kerana ia bukan lilin
takkan cair dibaham api
Aku masih disini
setia seperti selalu
membiar yang pergi berlalu
menyapa yang datang mesra
tiada dendam cuma keikhlasan
balasan baik mungkin bagai debu
tapi tidak mengapa
No comments:
Post a Comment