My "Over Creative" Thinking

Tuesday, March 29, 2011

Beginilah Aku

Aku gembira
membiar jari jemariku mesra
melayani huruf dan nombor
dipapan kekunci
lembut mengetuk dihujung jari
tanpa paksaan ianya menari
tanpa derita ianya melangkah
riang dan bahagia

kadang-kala melayani tetikus teman setia
tatkala melakar lukisan grafik
meneliti tiap penjuru
namun sang tetikus begitu setia
mengikut lenggok jejariku
dengan irama nyanyian jiwa
memenuhi masa bersama

kerdip mataku tidak pernah berganjak
dari paparan monitor LCDku
walau ada kalanya badan ku mengeliat keletihan
kemudian kita bersatu lagi
mencari puas dalam waktu yang dibayar
hampir 50 jam seminggu
malah dua biji mataku
tidak peduli pada jelingan yang mengekor
apatah lagi pada CCTV yang berada dibelakangku

jarum jam adakala bergerak pantas
lembut menyapa dengupan jantung
hati melonjak riang tika ia berlabuh
pada nombor 18.30 petang
tanda siangku berakhir

bagai burung ingin pulang kesarang
ada yang menanti disana
dalam waktu yang cukup terhad
kerana putaran masa akan datang lagi
dalam perjalanan kehidupan
yang sempit tapi panjang

Aku gembira
memapar senyum dari dua ulas bibirku
biarpun senyuman tidak seindah bintang
namun memberi tenang
pada perasaan dalaman seorang aku
menutup segala kecacatan
yang tidak ingin dilihat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...