Tiba-tiba perasaan sentimentalku mengacau minda kerekku
teringat emak yang semakin dipanjat usia
menongkat langit takkan mungkin
entah sampai bila tenaganya
bertahan dalam debuan kehidupan
adakala berkabus
adakala terang-benderang
Emak yang kasihan
menjaga kita sejak aku dalam kandungan
sehingga si bongsu yang kesepuluh.
ramai sungguh adik-beradik kita
emak tabahkan hati juga
meski perasaan dan mindanya
adakala terluka
dengan perangai pelik kita semua
pelbagai permintaan pelbagai ragam
kadang bersungut juga...
kita bagai raja yang memerintah
dan emak kita yang tidak pandai ibarat khadam
menyempurnakan tiap urusan kita
biarpun urusannya sendiri tidak pernah selesai
sebelum subuh menampakkan diri
hingga bulan pun tidak ingin muncul
emak masih didapur
menggodek itu dan ini
demi kita anak-anak yang dikasihi
Aku tidak ingat berapa kali aku memohon maaf
atau setidak-tidaknya berkata "sorry"
tapi yang aku tahu kerapkali aku menyakiti
lantas menghimpit hati seorang emak
Dalam usia emak kita kini,
aku semakin risau andainya seruan Tuhan memanggil
padahal aku berharap dapat melihatnya lebih lama
pun begitu siapakah yang mampu menentang
Qada' dan Qadar ketentuan ilahi
Adik-adikku,
kita semua mungkin bukan anak-anak yang soleh
apatah lagi kejahilan masih merantai tiap diri kita
marilah kita sama-sama kurangkan beban emak
pandanglah emak selalu
dengan pandangan kasih sayang
selagi emak masih boleh berdiri dan berjalan
selagi jejari emak kuat menyental baju
selagi tangannya masih boleh memasak untuk kita
supaya kita tidak rindu bila kepergian menjemput dirinya
supaya kita tidak meratap tatkala menghantarnya keliang lahad
Mesti kalian semua hairan
kenapa tiba-tiba aku taipkan rangkap-rangkap diatas
kepoyoan apakah yang sedang melanda
padahal kedegilan aku begitu tebal
disiatpun mungkin tidak terkoyak
Adik-adikku
anggaplah aku tersedar dari lena yang panjang
mengikis sedikit panas baran
bimbang emak pergi sebelum sempat
kita berbuat sesuatu
AKU SERIUS!!!
No comments:
Post a Comment