My "Over Creative" Thinking

Monday, July 25, 2011

Ikhlas Itu Berat

http://www.freenaturepictures.com/mountain-pictures.php


ikhlas itu berat
bagai memikul bebanan
buat bahu sarat
berat tidak tertahan

ikhlas itu menguji
bukan angkuh kerana pujian
tapi tunduk kerana kelemahan
kerana ikhlas mendambakan
kesabaran dan kesucian

ikhlas sekadar mainan bibir
andai berpaling berkata benci
mengungkit kata, memperlihat kekuatan
mempamer kebesaran, memperbesarkan pemberian

ikhlas cuma tinggal debu
kalau mengadu domba
berantai keegoan dan kemegahan
yang tinggal cuma sisa
akhirnya terpandang orang

Ikhlas patut datang dari lubuk hati
bukan sekadar meniti bibir
dengan seulas senyum sinis

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...