My "Over Creative" Thinking

Friday, May 11, 2012

Bahagialah Sahabat - Namamu Kurahsiakan

Buat sahabat zaman hingusanku (Namamu kurahsiakan - sekali lagi).

Sahabat zaman hingusanku,
Aku tidak hadir untuk mengimbau kenangan
dek kerana ingatan yang kian luput
nostalgia lama itu tenggelam timbul
mungkin yang berkata telah lupa
yang mendengar masih menyimpan memori.

Dulu kita tidak pernah tahu apa-apa
sekadar bermain, bergaduh dan menangis.
Bila melangkah remaja
pendapat dan gaya kita
telah mencipta jurang pemisah
Namun itu bukan bermakna kita tidak sekata

Sahabat zaman hingusanku
Apabila kita semakin dewasa
Haluan kita makin berbeza
hingga wujud lompang-lompang persahabatan
akhirnya hilang bagai debuan

Sahabat zaman hingusanku
Ada sisa-sisa ingatan antara kita
kadang-kala buat aku tertawa dan tersenyum
tak kurang juga saat duka yang pernah
menjalari hidup kita...
pun kini, banyak yang telah terpadam
kerana lamanya perpisahan
sepinya perkhabaran
bisu segala perkataan
dan tiada lagi pertemuaan.

Biar apa pun yang berlaku
terima kasih kerana pernah dan selalu menjadi sahabatku
sekalipun hilang dari pandangan
dalam hati masih ada sekeping harapan
mendoakan kebahagiaanmu
di sepanjang jalan kehidupan
lalui dengan keikhlasan dan keimanan

Insya Allah.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...