Resah sekeping hati
tatkala rindu bertandang
tanpa salam memasuki laman jiwa
merentasi pintu yang terbuka
meredah kegelapan
tanpa rasa gentar
kerinduan membangkitkan keresahan
lalu bertanya pada masa
dimanakah dia yang dirindui
masih ada ketulusan dalam hatinya
mengingati dan menunggu
seperti kerinduan yang membara disini
biarpun tetap sunyi dan sepi
biarpun getaran semakin kelam
tetapi kerinduan padanya
tidak jua reda
adakah kerana jaraknya perjalanan
ataupun panjangnya masa
lalu kerinduan dia surut seperti keringnya banjir
yang tadi membasahi sekeping tanah
hingga melimpah lalu meninggalkan
perlahan tetapi penuh kesakitan dan kepenatan
Adakah ini rutinya kerinduan
hanya bersarang tidak bertuan
melebar resah berpanjangan
sukar dibuang kerana sarangnya muncul lagi
cuma tidak tahu bila
kerana kerinduan hatinya
bukan kerinduan hatiku
No comments:
Post a Comment