Seringkali aku bertanya pada diri
alangkah baiknya andai bisa ku ambil kembali
masa yang telah ku buang
sia-sia ke dalam longkang kehidupan
aku kerap kesal
demi masa yang ku tinggalkan
dari serpihan waktu
hingga tidak mampu
ku kutip kembali masa yang pergi
padahal aku yang lemas
dibawa arus masa
kerana lemah mengurus
lalu masa pun berlari kencang
meninggalkan aku dibelakang
Masa terus pergi jauh kedepan
dan aku terkapai-kapai mencari haluan
aku perlu bangkit dan tegak berdiri
mencari kembali masa yang terbuang
sekalipun perit
kerana jerih itu memberi kekuatan
agar kekesalan tidak berkekalan
No comments:
Post a Comment