My "Over Creative" Thinking

Wednesday, September 14, 2011

Aku dan Hujan Pagi

Hujan Pagi,
Aku  terlalu berharap jarum jam berhenti
walau telah ku matikan alat penggera
dari telefon tanganku
kerana aku ingin terus berselimut
mendakap mata rapat

badan liat bangkit jejari kononnya kejang
dalam kerakusan jiwa tidur
aku memaksa badan bersedia
merangkak dalam resahnya pagi
mataku bagai digam
berat dan perit untuk dibuka
sedang kala itulah perut ku bernyanyi
minta diisi agar otakku lancar meredah masa.

Dalam kecintaan terhadap sang tilam dan bantal
dalam pelukan sejuk si hujan pagi
berat kakiku melangkah kerana
walau hanya setitik air yang turun
diatas jalan tar sepanjang perjalanan
dari Putra Perdana hingga ke Batu 12
kenderaan pun berlumba bagai tiada esok
berhimpit dilorong yang sempit
entah dari mana datangnya
bertali arus tiada henti

Setiap kali hujan pagi menyapa
dan aku menguap berkali-kali
kesabaran senipis kulit bawang
terkoyak berterbangan
hati menjerit-jerit
TOLONG...aku malas pergi kerja
aku malas buat dosa
menyumpah orang dijalan raya


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...