Saban masa dia tersenyum
biarpun senyuman itu tak seindah
bintang-bintang dilangit biru
kerana barisan giginya yang tidak rata.
Namun dia tetap memberi senyum
malah memberikan yang terbaik
walau ada yang menyindir
walau ada yang mentertawa
walau ada yang mengejek
Sesekali kedengaran dia ketawa mesra
terlihat jelas gusinya yang berwarna merah jambu
jarang sekali bermasam muka
jarang sekali memalingkan wajah pada yang menegur
Dia penghibur dikala ada yang bermuram
Dia mendengar teliti dikala ada yang kerunsingan
Dia menghulur tangan dikala ada yang memerlukan bantuan
Dia menjadi tiang tempat sandaran
Dia gembira jika ada yang bisa riang
Dia gembira jika ada yang bahagia
Dia gembira jika ada yang temui kemuliaan
Namun kerana giginya yang tidak rata
Namun kerana gusinya yang berwarna merah jambu
jelas kelihatan
Dia jadi bahan ketawa
Dia jadi bahan kutukan
Dia jadi bahan cerita
Mungkinkah dia lebih banyak menangis
dikala sendirian?
Meratapi kekurangan diri
Meratapi kekuasaan ilahi
Kasihan dia.
No comments:
Post a Comment