aku dah modified puisi ni untuk sekian kalinya sejajar dengan
perjalanan perasaan aku hari ni :D, ini adalah puisi yang paling aku
suka dalam banyak-banyak puisi yang aku tulis (masuk bakul angkat
sendiri), sebab ianya menggambarkan perasaan sebenar aku ketika ini
dalam percubaan untuk aku berubah menjadi muslimah dan isteri solehah.
Mungkin nampak poyo tapi aku tidak peduli!
Lately aku
banyak mendedikasikan puisi-puisi seruan (dalam blog aku) agar cekal
perasaan aku untuk terus begini. Moga kejahilan lalu bukan halangan
untuk terus berjuang demi menebus kembali masa yang telah pergi dengan sia-sia. Kesempatan daripada kesihatan yang baik kurniaan ALLAH beri aku lebih kekuatan. Moga anda juga ada perasaan begini.
setiap hari, setiap masa, setiap detik dan setiap saat,
hanya satu
jalan yang dilihat,
menggamit dari dua belah kelopak mata,
lalu terpinta dan meminta-meminta,
godaan itu meronta-ronta
mencarik-carik didalam dada
tolong berikanlah masa itu,
tolong berikanlah waktu itu.
bilakah mungkin datangnya,
menanti sahaja tanpa berbuat apa-apa,
berhasilkah berhasilkah berhasilkah,
arhhhh menyebut sesedap rasa...bersediakah?
bercerita meriahkan telinga,
tapi kosong dan gila,
jelas tiada kesanggupan,
tiada keteguhan,
tiada keikhlasan.
apa disangkut pada tangkai hati.
koreksi diri yang iri hati?
takutkah, rungsingkah, gementarkah?
suluh apa pada muka, cerahkah?
entah tak tahu, kelabu asap,
hanya melekit kerana sapuan bedak melekap.
insafkah ditanam didalam jiwa
mendakap seri-seri dunia?
cuba merangkul kepujian,
dalam tiap persembahan?
tak pasti!
apa dibalut kepala padat,
apa dibalut badan melekat ketat,
sudah taubatkan itu, atau taubuat.
apa dilancar silidah langcang,
mengata orang mencancang-cancang
bertaki kata konon itu kebenaran,
padahal itu semua kerana panas baran.
apa dicagarkan diri mentarbiyah yang lain,
sedang diri sendiri berpaling bermain-main
Ilmu?...Nah penuh didada!
Tergelongsor datang beroda
Bergulung-gulung
dan tergelung-gelung
untuk apa sekadar ungkapan perkataan
hilang pekerti, hilang keperibadian,
dimana makna yang dicari
berkecamuk dalam lebuh saraf diri,
mengais-ngais terjun terpedaya
dari lorong ke susur hingga ke lebuh raya
tinjau keadilan demi keinsafan,
sebelum sekujur tubuh dikafan?
Mana, bagaimana dan macam mana?
tiada jawapan, senyap dan sunyi
kerana aku pun sedang mencari
sinar cahaya gemilang ilahi
kerana hidup berteman mati
pada suatu saat hadir belum pasti.
No comments:
Post a Comment