Seringkali, setiap hari dan dimana pasti ada sahaja kata-kata atau paparan
"kau ingat kau tu bagus sangat sebab kau sekolah tinggi"
" kau ingat kau tu pandai sangat sebab kau tu ada ijazah"
"kau ingat kau tu tahu sangat pasal dunia sebab kau tu ada PHD"
"nama aja ada master, tapi otak letak dekat lutut"
"simpan ajalah kau punya ijazah, master dan PHD tu"
Aku sangsi. Kerendahan atau ketinggian diri, melangsung kata
apa itu maknanya?
Apakah yang cuba disampaikan oleh si penutur, kenapa marahkan nyamuk kelambu
dibakar. Kesombongan dan kebiadapan seseorang bukan terletak pada
pandainya seseorang tu pada "BIDANG" diploma, ijazah atau PHD nya.
Bukankah terletak pada saraf-saraf hati lalu mencantumi saraf-saraf
otak yang berselirat. Memapar gambaran visual, mendetik tiap
baris perkataan. Tidak tertakluk kepada yang benar atau betul
kerana selagi bernama manusia yang kerdil lagi kecil
terutama tatkala bara sedang terbakar apa sahaja boleh dilafaz.
Adakah maksud si penutur hanya orang yang tidak memiliki D.I.P boleh
bertutur sesuka hati atau menidakkan logik otak, atau kononnya
pemilik-pemilik D.I.P perlu ada landasan mengekalkan reputasi kata-kata.
Peraturan apakah ini? Keperadapan manusia diukur begitukah?
Jika begitu perlukah semua orang tidak meneruskan pelajaran mereka?
Kasihan pemilik D.I.P. Kamu harus jadi orang yang sempurna!!!
Aku ketawa disini kerana melihat ketidakhadapannya pernyataan itu.
dan aku hanya manusia biasa,
yer MANUSIA!

No comments:
Post a Comment