My "Over Creative" Thinking

Showing posts with label Kata Hati. Show all posts
Showing posts with label Kata Hati. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

OH MY MY

Setahun cepatnya berlaku...dah nak bungkus after this two subject finish. Never think this far but now already thinking about future...at this age? Biarkan...masa tak pernah menunggu sesiapa. Manusia bukan ada satu cita-cita, for me I have a lot and every year ada cita-cita, never tired!!!
Selagi ada hayat selagi itu perlu berusaha, bagai hidup seribu tahun lagi, selagi bernafas ada sesuatu perlu dicari untuk sebuah kehidupan sekarang, masa depan dan akhirat.

First time applying for continue just thinking "kau ada, aku pun ada" after all kan ada banyak masa takkan asyik nak tido aja. After terjerumus ke lembah buku-buku dan leteran-leteran lecturer yang kadang-kala buat mata bagai kelopak daun semalu, dan badan umpama memanggil selimut, kaki jadi biasa, tangan jadi lali, otak tidak henti berfikir walau saat itu hati mencarik-carik...entah, bagai ada suatu kuasa mendesak. Akhirnya aku gembira dan temui jawapan bahawa inilah sesuatu yang paling aku sukai dalam kehidupan iaitu BELAJAR. But why at this age? Ada tempat lain ke yang nak terima middle age macam awak nih kalau lompat kerja?...my dear...I never think about that, my focus is...ini adalah kecintaanku, aku menyukainya, maka aku mencarinya...umpama engkau kata engkau rindu Rasullullah, engkau tidak mencarinya, engkau cinta ALLAH, engkau tidak berbuat sesuatu untuk kearahnya...jadi engkau dapat apa, melainkan angan-angan kosong, hampa!!!

Arkkkk...membebel, kesukaan aku saat ini, mari aku simpulkan pandangan aku terhadap para lecturer and subject yang aku pelajari, mana tau ada antara engkau-engkau semua yang berminat nak jadi macam aku.

My Fav. Subject - Economics. da best male lecturer Dr. Mari Maren...no problem at all. The worst and the most I hate : AIS and Statistic..I hope I can do better kalau ada peluang lagi but thanks for not down grade me. The funny-funny lecture..Mr SS for FA1, FA II and FM...arkkkk..at least you give me A. Ethics- sungguh menginsafkan  dan menunjukkan jalan yang terang..thank you sir. Woman lecturer always the best...right now still confusing about LAW, not because the lecturer not good but "susah nak masuk otak"...cepat benar masa berlaku, already make my own decision.."INGAT, USIA BUKAN PENGHALANG, MALU BUANG AJA KE LONGKANG"

Friday, September 21, 2012

Ini sekadar sebuah pandangan sendiri dari kaca mata contact lens aku

Seringkali, setiap hari dan dimana pasti ada sahaja kata-kata atau paparan
"kau ingat kau tu bagus sangat sebab kau sekolah tinggi"
" kau ingat kau tu pandai sangat sebab kau tu ada ijazah"
"kau ingat kau tu tahu sangat pasal dunia sebab kau tu ada PHD"
"nama aja ada master, tapi otak letak dekat lutut"
"simpan ajalah kau punya ijazah, master dan PHD tu"

Aku sangsi. Kerendahan atau ketinggian diri, melangsung kata
apa itu maknanya?

Apakah yang cuba disampaikan oleh si penutur, kenapa marahkan nyamuk kelambu
dibakar. Kesombongan dan kebiadapan seseorang bukan terletak pada
pandainya seseorang tu pada "BIDANG" diploma, ijazah atau PHD nya.
Bukankah terletak pada saraf-saraf hati lalu mencantumi saraf-saraf
otak yang berselirat. Memapar gambaran visual, mendetik tiap
baris perkataan. Tidak tertakluk kepada yang benar atau betul
kerana selagi bernama manusia yang kerdil lagi kecil
terutama tatkala bara sedang terbakar apa sahaja boleh dilafaz.

Adakah maksud si penutur hanya orang yang tidak memiliki D.I.P boleh
bertutur sesuka hati atau menidakkan logik otak, atau kononnya
pemilik-pemilik D.I.P perlu ada landasan mengekalkan reputasi kata-kata.
Peraturan apakah ini? Keperadapan manusia diukur begitukah?

Jika begitu perlukah semua orang tidak meneruskan pelajaran mereka?
Kasihan pemilik D.I.P. Kamu harus jadi orang yang sempurna!!!

Aku ketawa disini kerana melihat ketidakhadapannya pernyataan itu.
dan aku hanya manusia biasa,
yer MANUSIA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...