My "Over Creative" Thinking

Thursday, May 23, 2013

Utilitarianism

Saya tulis berdasarkan pemahaman dan pembacaan daripada pelbagai info, sekadar berkongsi pengetahuan, yang mana kurang harap dimaafkan.

Utilitarianism

Ahli falsafah yang menggunakan konsep utilitarianism mengatakan bahawa sesuatu tindakan yang diambil hendaklah memberikan impak kebaikkan terbesar/terhebat/maksimum terhadap kelompok orang/manusia yang terbesar juga.  Para pemikir Utilitarianism beranggappan bahawa kejayaan memberikan kegembiraan kepada sejumlah besar orang/penerima/manusia/masyarakat/penduduk adalah sesuatu yang wajar demi kesejahteraan manusia tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

Pandangan utilitarianism ini adalah sebahagian daripada consequentialist iaitu para pemikir consequentialist memastikan bahawa keputusan/result/kesan adalah keutamaan mereka, konsep ini dipraktikkan oleh utilitarianism dengan “memaksimumkan kegembiraan, memaksimumkan jumlah penerima/keputusan” terhadap keputusan/result/outcome.
 
Tiga konsep asas para utilitarianism

Pertama, semua tindakan mesti dinilai benar/baik atau salah/jelek semata-mata berdasarkan konsekuensi-konsekuensi atau akibat-akibatnya.

Kedua, dalam menilai konsekuensi-konsekuensi atau akibat-akibat itu, satu-satunya hal yang penting adalah jumlah kebahagiaan atau penderitaan yang dihasilkannya. Jadi, tindakan-tindakan yang benar adalah yang menghasilkan surplus kebahagiaan terbesar ketimbang penderitaan.

Ketiga, dalam mengkalkulasi (mengira/justify) kebahagiaan atau penderitaan yang dihasilkan, tidak boleh kebahagiaan seseorang (Individu) dianggap lebih penting daripada kebahagiaan orang lain.

Tokoh Utilitarianism yang terkenal 

Utilitarians klasik, Jeremy Bentham dan John Stuart Mill, berpendapat bahawa kita harus memaksimumkan baik, yang membawa 'jumlah terbesar baik untuk bilangan terbesar'.

Contoh - Situasi Perang

Peperangan diantara Palestine dan Israel pada pandangan utilitarianism adalah untuk membebaskan/menyelamatkan diri daripada dizalimi baik daripada segi agama, spiritual dan kemanusiaan. Lantas orang islam beranggapan bahawa adalah suatu langkah perlu untuk kembali menentang Israel yang dianggap sebagai menzalimi penduduk Palestine. Jadi mereka melancarkan Jihad sebagai satu tindakkan menghapuskan kezaliman demi kebahagiaan dan kegembiraan seluruh rakyat Palestine.

Namun begitu, tindakan Jihad Palestine menentang Israel sudah pasti akan mengorbankan banyak nyawa bagi kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun peperangan dengan apa tujuan sekalipun adalah dianggap kotor. Manusia berlaga dan menggadaikan nyawa diantara satu sama lain dengan alasan kebaikkan sejagat kerana percaya kedamaian dan kemakmuran boleh dicapai melalui peperangan. Kombinasi Utilitarianism dan consequentialist telah menghasilkan perang Palestine dan Israel. Dilihat daripada sudut “mengukur kegembiraan”, perjuangan Israel memberi lebih kepuasan kepada penduduknya kerana tindakkan pemimpian mereka menyemai kebencian terhadap orang islam dan melancarkan peperangan dengan alasan mempertahankan hak dan diri. Keputusan daripada peperangan itu dianggap sebab permintaan dan keinginan serta kebanggaan buat rakyat Israel sendiri.

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...