Consequentialist
Ahli falsafah yang
berpegang kepada konsep consequentialist (konsekuensi) selalu mendambakan
result/kesan/keputusan adalah lebih penting dan ianya berteraskan objektif
hendaklah dicapai samada melalui jalan/cara yang baik atau salah. Kebiasaannya
para consequentialist berpendapat “tidak mengapa” sesuatu jalan yang dipilih
itu kotor, asalkan penghasilannya adalah baik.
Justifikasi baik atau salah hanya akan diperolehi menerusi pandangan dan
pendapat para pembuat keputusan, ahli sosial, pekerja dan sebagainya.
Tokoh falsafah ini ialah Derek Parfit, lahir pada 11
Disember 1942, Chengdu, China), seorang ahli falsafah inggeris. Pendapat beliau : "Terdapat satu matlamat moral muktamad: bahawa hasil sebaik mungkin"
Contoh yang selalu Dr Zainal sebut-sebut kat kelas (lecturer kami)
- Doktor
terpaksa membuat keputusan memotong tangan seorang pesakit demi menyelamatkan
nyawa pesakit tersebut. Keputusan doktor
itu telah mengakibatkan pesakit itu kehilangan tangan, namun doktor tersebut
telah berjaya menyelamatkan pesakit dan memberi kegembiraan bukan sahaja kepada
diri pesakit malahan orang-orang yang menyayangi pesakit tersebut
(hehheeheh…nih tambah sikit)
Contoh yang boleh direka-reka
Keputusan seorang
perempuan untuk mengahwini seorang lelaki yang kaya raya walaupun lelaki itu
sudah tua atau sudah mempunyai isteri yang lain adalah satu keputusan yang tepat
pada pendapat perempuan itu. Ini kerana perempuan tersebut hanya mendambakan
kekayaan demi mencari kegembiraan dan kebahagiaan dirinya. Jadi keputusan
tersebut dianggap sebagai consequentialist benar bagi seseorang individu.
Bagaimanakah memungkiri janji boleh diguna
pakai/diterima dalam konsep consequentialist ini
Sebagai contoh,
seorang perempuan telah memiliki seorang teman lelaki dalam tempoh yang agak
lama malahan teman lelaki perempuan tersebut telah berjanji untuk berkahwin
dengan perempuan tersebut dan perempuan itu juga telah bersetuju dan turut
berjanji akan setia. Namun setelah perempuan tersebut menemui seorang lelaki
tua yang kaya-raya, perempuan tersebut telah memungkiri janji dengan alasan
demi masa depan dan kebahagiaan dirinya. Jadi keputusan yang dibuat oleh
perempuan tersebut adalah dalam memungkiri janjinya kepada teman lelakinya boleh diterima dalam konsep consequentialist benar untuk dirinya.
No comments:
Post a Comment