My "Over Creative" Thinking

Wednesday, June 19, 2013

Dari Perspektif Seorang Perempuan.

Dari Perspektif Seorang Perempuan, Kerana aku adalah perempuan.

Duhai perempuan tak terkecuali Aku
Berpasang mata yang memandang
pada tiap batang tubuh seorang perempuan
pakaian yang disarung dan disalut.

Lantaran, dari pakaian itu
timbul pelbagai andaian
mencorak bermacam tanggapan
sekalipun tidak pernah kenal
hatta, pakaian itu ukurannya.
menggambarkan watak dan moral
padahal ramai yang bermatian
menegakkan bahawa
pakaian itu hanya luaran
bukan lambang kejernihan hati

Duhai perempuan tak terkecuali Aku
Tutur bahasamu ada kisah tersendiri
lisanmu adalah acuan hidupmu
terlukis pekerti sebenarmu
dalam sejarah peribadi yang tidak padam
menuntun kesahihan dan kebenaran
seharusnya dipelihara lontaran kata
agar tiada hati yang kecewa
agar tiada rasa yang terjerut
dan
sekurang-kurangnya lidahmu
tidak mengheretmu
kelembah kehancuran
melenyapkan semua yang disisi
meleraikan silaturahim
menyemai kebencian

Duhai perempuan tak terkecuali Aku
berpada-padalah
bersederhanalah
"apa yang dicari pada indahnya dunia
biarpun tahu ianya sekadar pinjaman"









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...