Kepada semua orang yg aku kenali, jauh dekat, nampak ker tidak, jumpa ker tidak.
Hidup ini indah
Ditemani kiri kanan
Oleh yang mencintai
Oleh yang dicintai
Oleh yang disayangi
Oleh yang menyayangi
Oleh yang mengerti
Oleh yang dihormati
Oleh yang di ingati
jadi terima kasih kerana di sisi
Ketika murung menghurung
Ketika senyum menguntum
Ketika marah bertanduk
Ketika gelak menggelegak
Ketika bahasa sinis silih berganti
Hidup ini indah
Dilengkapi dan melengkapi
Di sini dekat di mata
Di sana dekat di hati
Ikhlas mungkin kabur
Pengertian pun samar
Ketulusan kadang tak bertepi
Kemaafan sepanjang hayat kupohon
Yang terang,
Yang kelam,
Yang besar,
Yang kecil,
Yang sengaja
Yang tidak sengaja
Didasar hati ku
'Kehadiran ku usah dibenci,
Kematian ku usah dinanti'
Simpanlah sebagai memori
Indah seindahnya.
Sesungguhnya yang baik
Datang dari ALLAH
Yang buruk kerana kelalaianku.
-simple life-
No comments:
Post a Comment