My "Over Creative" Thinking

Sunday, July 28, 2013

Aku Yang Degil!

Kalau aku mahu,
Jangankan anugerah dekan boleh ku capai
Mendapatkan status profesor pun pasti mampu,
Jangankan emas permata,
Mutiara di dasar lautan pun akan ku raih,
Jangankan biji timah di lombong,
Kerak bumipun berjaya ku korek.
Jangankan puncak Everest boleh ku tawan
Ke Pluto pun mungkin bisa kujejak

Berapa tinggi, berapa besar, berapa susah
Kebanggaan dunia ini
Bila-bila masa akan dimiliki
Asalkan ada keinginan, pelbagai jalan dicari,
Jalan yang panjang
Jalan yang pendek
Nampak sahaja lorongnya
Hingga tidak sedar lorong itu bengkang bengkok

Mudahnya memandang remeh
Mudahnya memandang rendah
Mudahnya memperkecil
Mudahnya mendabik dada
Mudahnya bersungut

Sedang yang benar-benar aku mahu
Kusyuknya masih ku cari
5 waktu siang dan malam
Masih samar,
Hingga tertanya-tanya mana ikhlasnya
Malas merajai sekujur tubuh
Bangkit lemah.
Lalu bagai melepaskan batuk ditangga

Sedang yang benar-benar ini ku singkap
Bagai tin kosong
Sekadar membaca tanpa makna
Tiada penghayatan
Tiada ikutan
Tiada pengajaran
Tiada pegangan
Yang menusuk tangkai jiwa
Lantas membelit roh-roh kelam

Paling sukar
Tunduk padanya
Sedang dia bersama,
Sedang dia melihat,
Sedang dia menyaksikan,
Dalam sukma pun nampak terang
Dimana hendak bersembunyi?

Walau tahu kawannya hidup adalah mati
Terhimpit di liang sempit
Ditinggalkan anak dan suami
Dilambai tidakkan kembali
Dipanggil tidak lagi didengari
Lalu gelap teman setia
Namun bukan berakhir disitu sahaja
Bukan saat berhentinya denyutan nadi.
Bukan aku tahu bila detik itu datang

Kenapa aku masih DEGIL?
Adakah aku akan hidup kekal abadi
Atau adakah aku sangka balasan itu sekadar
sebuah gurindam?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...