Tak apa kalau tak apa, tapi tak boleh jika tak buat apa-apa
aku tak pernah ukur baju di badan sendiri, sebab aku bukan tukang jahit
aku tak pernah tak tengok cermin, sebab mata aku tak der biasan
aku tak pernah jaga tepi kain aku, sebab aku pun tak peduli tepi kain sesiapa
aku tak pakai kasut tinggi berlubang, sebab aku tak suka kasut tak lawa
aku tak pernah insurankan mulut aku, sebab insuran tu tak wujud
aku tak pernah tahu hati aku hitam, sebab aku belum pernah tengok sendiri
tapi aku tahu sesuatu,
Allah wujud walaupun tak nampak, tak tahu di mana dan bagaimana
sebab wujudnya diriku sendiri jelas
ianya sangat berkuasa.
tentu sahaja bukan patung-patung
tentu sahaja bukan orang-orang
tentu sahaja bukan wang-wang
lantas aku percaya
Allah itu luar biasa, lembut, mendalam, meresap dan dekat
jadi kerana jahilnya aku
duduklah aku dalam takut hanya kepada Allah.
bimbang jika
nafasku, jiwaku, hatiku dan otakku mati
sendiku, tulangku, kulitku hancur
dan aku terkapar-kapa
No comments:
Post a Comment