Banyak persoalan
Timbul dibenak fikiran
Tanpa henti bertanya
Bertalu-talu diruang otak
Sarat dan berat
Hingga urat saraf berselirat
Mencari jalan penyelesaian
Terkial-kial meneka
Mencari ribuan peribahasa
Rakus menyelak tiap halaman
Cuba digapai segala formula
Namun hampa jua menghampiri
Tiada jawapan pada teka-teki
“kenapa masalah tidak berhenti”
padahal apa salah”ku”
yang “suci hati” malah “berbudi”
yang “penuh kasih sayang” tiada “amarah”
yang “sentiasa berhati-hati” meredah laluan hari
yang “menjaga bicara” dari dua ulas bibir
yang “mengatur suara” tiap ayat dari
rongga tekak…
Salah waktu
masa yang memerangkap
atau diri yang terperangkap
padahal “sabar” dan “tawakkal” pedoman hidup
“setia” adalah jambatan perhubungan
“hormat-menghormati” peneman tiap detik…
Carilah…dimana?
No comments:
Post a Comment